Indahnya Hidup Ini


Hidup ini sangat indah. Ada manis pahitnya.. Ada gurau senda, kutukan, kritikan, teguran, kiasan dan macam-macam  bahasa yang digunakan untuk mengambarkan perasaan seseorang waima bahasa badan dan wangi-wangian pun seseorang yang bernama insan akan faham apakah maksudnya. Tetapi bahasa yang digunakan mestilah sesuai pada tempatnya.

Walaupun begitu seseorang yang bernama insan tidak lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan tak kira samada zahir atau batin. Apa jua kesilapan yang dilakukan perkataan “maaf” janganlah kita lupa untuk kita ucapkan kerana kita tidak tahu apakah persepsi seseorang terhadap kita.

Dalam masa berbual, bergurau senda, sudah semestinya kita tidak lari daripada megguris perasaan orang lain walaupun pada masa itu kita hanyalah berniat untuk bergurau senda. Ada yang cepat terasa apabila dikatakan sesuatu tetapi tidak pula beringat-ingat akan perasaan orang lain, ada yang tidak ada perasaan dalam bergurau senda kerana dia hanya ingat masa itu hanyalah bergurau dan ada juga yang hanya pentingkan perasaan dia saja.

Macam-macam karenah orang dalam perhubungan sesama manusia tetapi janganlah sesama kita memaki hamun jika hanya ditegur kerana sesuatu perbuatan yang mungkin kurang elok didengar, dan dipandang pada orang lain kerana kita tidak nampak kesalahan yang kita lakukan. Apa pun alasannya kita sebagai manusia ini mestilah muhasabah diri masing-masing dan “sabar” jika sesuatu berlaku.

Pun begitu, apa pun orang kata pada aku, aku akan renung kembali kedalam diri aku kenapa, walaupun kata-kata itu amat menyakitkan hati kerana aku hanyalah menganggap kata-kata itu sebagai teguran, kritikan, dan makian yang membina untuk diri aku supaya aku lebih baik pada hari esok daripada hari ini.
Kalau sudah sampai tahap yang mungkin tidak dapat aku bersabar lagi maka aku hanya akan gunakan istilah ini untuk menyedapkan diri aku. Istilah yang  kita selalu dengar tetapi amat tidak sedap didengar. Nak tahu istilah apa?? Istilahnya “ADA AKU KISAH”   Itulah asam garam kehidupan..pelbagai cara yang digunakan untuk kita tenangkan diri. Anda pula bagaimana??? Sila beri komen anda disini..
Terima Kasih... Tom Jerry